Friday, July 18, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persembahan menarik warnai pentas malam KB

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 17 JULAI – Pelbagai persembahan menarik mewarnai pentas malam Daerah Belait sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ke-79 yang diadakan di Tudong Saji, Kuala Belait kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis anjuran Persatuan Tiong Hua Daerah Belait itu ialah Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Faiq bin Haji Rani.

    Acara dimulakan dengan pertunjukan gendang diikuti persembahan muzik dan tarian yang diketuai oleh para pelajar dari Sekolah Menengah Chung Ching, Seria.

    Penonton dihiburkan dengan 19 persembahan daripada seramai 165 peserta dan 22 guru.

    Awang Faiq hadir selaku tetamu kehormat semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    ATAS & BAWAH : Antara persembahan yang menyerikan pentas tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda