Persembahan ‘miming’ jejas reputasi Mariah Carey

PENUTUP tahun 2016 memberi malu besar kepada Mariah Carey apabila penyanyi terkenal itu gagal menyanyi dengan baik pada acara Dick Clark’s Rockin’ Eve 2017 di Times Square New York yang turut disiarkan secara langsung.

Dipetik dari New York Post melaporkan Mariah, 46, gagal untuk mengikut rentak ketika lagu berjudul Emotions dimainkan ekoran masalah teknikal pada fon telinganya yang tidak berfungsi.
Mariah yang kelihatan panik di atas pentas sempat meminta pihak teknikal memperbaiki masalah berkenaan sehingga pada satu tahap penyanyi itu hanya berdiri kaku di atas pentas.

Kemudian Mariah cuba berinteraksi dengan penonton dan menjelaskan masalah dihadapinya.

“Selamat tahun baru semua Saya tidak dapat mendengar dan saya cuba berikan yang terbaik buat anda semua,” katanya.

Selain Emotions, Mariah juga menyampaikan lagu We Belong Together pada acara tahunan itu.

Mariah terpaksa menanggung malu besar dan bertindak meninggalkan pentas sebelum persembahannya tamat.
Mariah terpaksa menanggung malu besar dan bertindak meninggalkan pentas sebelum persembahannya tamat.

Dalam pada itu, Mariah yang kelihatan berang tetap meneruskan persembahannya menerusi lagu We Belong Together dan nyanyiannya jelas secara ‘miming’.

Mariah secara tiba-tiba berhenti menyanyi walaupun suaranya masih berkumandang sebelum bertindak meninggalkan pentas meskipun persembahannya masih belum tamat.

“Kelihatan dia sangat kecewa dengan apa yang berlaku,” ujar sumber.

Kegagalannya mengawal keadaan membuatkan peminat menghentam Mariah di Twitter dan menyifatkan persembahannya itu adalah penamat kariernya.

“Mariah sepatutnya belajar daripada Britney Spears bagaimana untuk menyanyi secara ‘miming’ dengan baik.