Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persembahan opera terakhir Cina di Thailand

    BANGKOK – Dunia kuno pedang, pahlawan peperangan dan cerita rakyat telah memberikan hiburan kepada kehidupan di jalan yang gelap, menawarkan hiburan dan lari dari kesibukan bandar moden Bangkok yang tidak dapat dikawal.

    Di atas pentas, The Sai Bo Hong Chinese Opera, artis mempersembahkan kisah dramatik yang berkisar mengenai tema kesetiaan, kejujuran dan kekeluargaan di samping diserikan dengan bunyi seruling dan simbal. Selama berabad-abad, barisan artis teater ini telah membuat persembahan di seluruh Thailand, di mana 14 peratus daripada penduduknya adalah kaum etnik Cina.

    Persembahan berkurangan

    Tetapi jumlah persembahan telah berkurangan khususnya dalam era telefon pintar, pawagam dan Netflix malah seni ini semakin pupus khususnya di bandar yang penuh dengan bangunan tinggi dan kompleks membeli-belah mega. “Persembahan Opera Cina di Thailand telah menyaksikan penurunan yang drastik daripada segi kehadiran dan persembahan penonton,” kata salah seorang artis dalam pakaian kostum.

    Apabila rombongan artis Thailand itu memainkan watak Cina, kebanyakan penonton adalah warga emas China yang datang ke Bangkok, pelancong dan penduduk tempatan. Sai Bo Hong telah beberapa dekad dan seperti rombongan lain sering berada di kawasan berkenaan – hanya sekitar 20 sahaja yang masih aktif di Thailand – lazimnya akan membuat pelbagai jenis persembahan opera Cina.

    Baru-baru ini, mereka telah membuat persembahan bersempena perayaan bagi meraikan bekas Raja Taksin di tebing barat Sungai Chao Phraya yang melintasi Bangkok. Taksin memerintah Thailand pada abad ke-18 dan dipercayai mempunyai warisan China-Thailand. – AFP

    Persembahan opera Cina di Thailand telah menyaksikan penurunan yang drastik daripada segi kehadiran dan persembahan penonton. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda