Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persembahan pentas meriahkan sambutan hari keputeraan

    Oleh Mohammad Farid bin Haji Rosnan –

    TUTONG, 25 JULAI – Enam buah sekolah menengah dan sebuah pusat tingkatan enam dari Kluster 5, di Daerah Tutong telah bersama-sama menjayakan acara pentas perayaan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77, baru-baru ini.

    Dengan mengangkat tema Lailatul Hubb (Malam Kecintaan iaitu kecintaan kepada Allah, rasul dan ulil amri), acara dihoskan bersama oleh Sekolah Menengah Muda Hashim dan Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Tutong.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Kluster 5, di Jabatan Sekolah-sekolah, Awang Wafi Sia bin Abdullah Sia.

    Kira-kira 60 orang pelajar terlibat dalam menjayakan persembahan pentas, antaranya nyanyian lagu-lagu dakwah, tausyeh dan deklamasi sajak.

    Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat majlis dan sijil penghargaan kepada para peserta.

    Awang Wafi Sia menyampaikan cenderahati kepada salah seorang peserta semasa acara berkenaan. – Gambar oleh Mohammad Farid bin Haji Rosnan
    Antara pelajar mengetengahkan persembahan mereka semasa acara berkenaan. – Gambar oleh Mohammad Farid bin Haji Rosnan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda