Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Persembahan pentas rai ulang tahun penubuhan PKWE Tutong

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 3 OGOS – Bagi memperingati sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-6,
    Pusat Kegiatan Warga Emas Daerah (PKWE) Daerah Tutong telah mengadakan persembahan pentas di Dewan Serbaguna PKWE Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi sama-sama meraikan sambutan berkenaan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, juga selaku Ketua Kampung Sengkarai.

    Turut hadir selaku jemputan khas ialah Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, kakitangan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Penghulu Pekan Tutong serta ahli-ahli PKWE Daerah Tutong.

    Menurut Pengurus PKWE Daerah Tutong, Haji Hamaffi bin Mohd Yassin, dalam sama-sama memperingati ulang tahun penubuhan pusat tersebut, ia secara tidak langsung bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli-ahli warga emas.

    “Dengan adanya acara sebegini akan dapat menjalinkan ukhuwah dalam kalangan ahli-ahli, selain turut berharap agar para warga emas di Daerah Tutong yang belum berdaftar di pusat berkenaan agar dapat mendaftarkan diri,” tambah beliau.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz dan Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin sama-sama hadir memperingati sambutan ulang tahun penubuhan PKWE Daerah Tutong ke-6, baru-baru ini. – Gambar oleh Nurdiyanah R.

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Majlis kesyukuran sempena ulang tahun AFSA ke-5

    Oleh Sim Y.H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV -...

    UBD adakan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT - Universiti...

    Berkenan ke Majlis Khatam Al-Quran PPPBD

    Oleh Yusrin Junaidi -  BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT -...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...