Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Persiapan CIIE 2023 selesai

    SHANGHAI, 3 NOV – Persiapan untuk penganjuran Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi keenam di Shanghai sudah pun selesai.

    CIIE 2023 yang dijadual diadakan pada 5 hingga 10 November, dijangka menyaksikan kehadiran 289 syarikat tersenarai dalam Fortune Global 500 dan syarikat peneraju sektor berkenaan.

    Sebilangan besar produk, perkhidmatan dan teknologi baharu dari seluruh dunia akan membuat debut sempena ekspo itu.

    Timbalan Ketua Pengarah Biro CIIE, Sun Chenghai berkata acara Pameran Negara yang diatur tahun ini menarik penyertaan 72 buah negara dan pertubuhan antarabangsa.

    Ruang pameran yang disediakan khusus untuk perusahaan mencatat 367,000 meter persegi melibatkan penyertaan lebih 3,400 syarikat dari seluruh dunia.

    Pelawat profesional berdaftar mencecah hampir 410,000 orang dan 121 aktiviti sampingan turut akan diadakan sempena CIIE kali ini.

    Sebanyak 64 negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) membabitkan lebih 1,500 buah syarikat turut akan mempertontonkan produk masing-masing.

    Ruang pameran yang ditempah negara-negara BRI meningkat kira-kira 30 peratus berbanding edisi lalu dengan mencatat 80,000 meter persegi.

    Antara pengisian lain termasuk Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao serta 22 subforum yang dijangka menarik kehadiran lebih 8,000 peserta. – Bernama

    Gambar menunjukkan Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) di timur Shanghai, China. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...