PARIS , 10 Feb – Paris Saint-Germain (PSG) berdepan dengan kunjungan sukar ke Bordeaux, sementara pendahulu Ligue 1, Monaco melayan Metz dengan kedua gergasi Perancis dilihat mahu mendapatkan rangsangan moral menjelang pertembungan penting dalam Liga Juara-Juara minggu depan.
Monaco, yang telah menemui gawang sebanyak 70 kali dalam 24 perlawanan musim ini, mempunyai 55 mata, tiga mata di depan PSG yang mempunyai masa yang sama dengan Nice, 52 mata.
Nice membuat perjalanan jauh ke Brittany untuk berdepan dengan Rennes hujung minggu ini, tetapi tidak ada perlawanan yang perlu difikirkan pertengahan minggu depan, berbezan dengan Monaco yang perlu ke Manchester City, sementara PSG menerima kunjungan Barcelona dalam aksi pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.
Dengan kunjungan Barca semakin dekat, penyerang PSG, Lucas berjaya meraih kemenangan di saat-saat akhir ke atas Lille baru-baru ini, membuktikan pasukan itu masih mempunyai semangat juang yang tinggi.
“Ia akan menjadi perlawanan yang berbeza kerana Bordeaux dan Barcelona adalah dua pasukan yang berbeza. Buat masa ini, kami memberikan tumpuan pada perlawanan awal pagi esok. Selepas itu, kami akan memikirkan Messi, Neymar, Pique dan sebagainya,” kata jurulatih PSG, Unai Emery.

“Apabila anda bermain setiap tiga kali, anda memerlukan para pemain cergas 100 peratus, dan anda perlu meneliti latihan anda secara dekat,” kata Emery menjelang perlawanan Lille.
Emery mengalu-alukan kembali dua pemain penting, Marco Verrati dan penjaga gol utama, Kevin Trapp.
PSG menewaskan Bordeaux dua minggu lalu dalam aksi Piala Liga, tetapi mereka memasuki perlawanan kali ini selepas menang 4-0 ke atas Caen.
Sementara itu, jurulatih Monaco, Leonardo Jardim memberi amaran kepada para pemainnya untuk berwaspada dengan Metz, yang menurutnya mempunyai rekod yang baik menentang pasukan yang di kedudukan lebih tinggi.
Dia juga bimbang mengenai Manchester City bagi pertembungan Liga Juara-Juara.
“Mereka di tahap teratas dan tidak takut pada sesiapa. Mereka mempunyai skuad yang hebat,” katanya.
Jardim akan kehilangan khidmat dua pemain pilihan pertamanya, Djibril Sidibe dan Balere Germain kerana mengalami kecederaan dalam kemenangan 2-1 ke atas Montpellier pertengahan minggu ini. – AFP