Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Persiapan sekolah peringkat kedua Fasa Endemik

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Dengan peringkat kedua Fasa Awal Endemik dijangka bermula 17 Januari depan, pelajar-pelajar Tahun 7 hingga 9 juga akan mula kembali ke sekolah, sehubungan itu sekolah-sekolah di negara ini giat membuat persiapan untuk mengalu-alukan para pelajar.

    Pengetua Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Chong Li Chen berkata, pada peringkat kedua kembali ke sekolah berkenaan, pihak Sekolah Menengah YSHHB menekankan kepada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) semasa dalam persekitaran sekolah.

    “Pihak sekolah telah membuat pelbagai persiapan untuk mengalu-alukan pelajar Tahun 7 hingga 9 kembali ke sekolah yang akan bermula pada 18 Januari ini,” tambahnya semasa ditemui media hari ini.

    Menurutnya, pihak sekolah telah mengambil langkah dengan mengadakan taklimat untuk ibu bapa secara dalam talian pada 17 Januari.

    Manakala itu, untuk pelajar Tahun 10 dan 11 yang sudah memulakan pembelajaran secara bersemuka sejak 3 Januari lalu, para pelajar dan ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing dalam mematuhi SOP selain memakai pelitup muka setiap masa dan membuat penjarakan sosial.

    Chong Li Chen semasa ditemu bual oleh media kelmarin.

    Beliau turut mengongsikan, pelajar-pelajar sekolah berkenaan sudah mendapatkan dos penuh vaksinasi dan hanya seorang pelajar saja yang belum mendapatkan vaksinasi dan terpaksa membuat pembelajaran secara dalam talian.

    Katanya lagi, “Melalui pengalaman pertama semasa gelombang pertama COVID-19 yang lalu, pihak sekolah menggunakan kaedah tersebut untuk dilaksanakan kembali tahun ini dan yang membezakan hanya pelaksanaan ujian saringan ART pelajar sebelum memasuki bilik darjah masing-masing.”

    Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan atas penyediaan ujian saringan ART kepada pelajar dan guru-guru yang mana ini adalah sebagai usaha bukan saja memastikan persekitaran selamat untuk pelajar tapi untuk guru-guru dan warga sekolah.

    Sementara itu, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) pula akan memulakan sesi persekolahan secara berperingkat-peringkat yang akan bermula 11 Januari ini dan pelajar-pelajar yang mempunyai dos lengkap vaksinasi saja dibenarkan mengikuti pembelajaran secara bersemuka selain membuat ujian saringan ART setiap minggu.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) menjelaskan bahawa pembelajaran secara bersemuka akan bermula pada 11 Januari ini untuk pelajar Tahun 10 hingga 13 yang sudah mendapatkan vaksinasi penuh, manakala itu, bagi pelajar yang belum mendapatkan vaksinasi akan mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
    Untuk minggu kedua kembali ke sekolah bagi pelajar Tahun 7 hingga 13 pula akan dilaksanakan secara bersemuka bermula pada 17 Januari.

    Dalam memastikan pembelajaran berjalan seperti biasa dan pelajar tidak ketinggalan mengikuti pembelajaran mereka, pelajar Tahun 7 hingga 13 yang belum mendapatkan vaksinasi, pelajar yang belum kembali ke negara Brunei dan pelajar junior akan masih mengikuti pembelajaran secara maya.

    Dalam memastikan keselamatan pelajar dan warga sekolah, JIS menjelaskan bahawa jika keputusan ujian ART didapati positif, pihak sekolah akan membawa pelajar berkenaan terus ke pusat kesihatan dan ibu bapa pelajar dinasihatkan untuk membawa anak mereka ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk menjalankan ujian swab PCR.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...