MIRI, 8 Ogos – Persiapan Tahun Melawat Miri 2018 bermula hari ini dengan program berskala besar yang memberi tumpuan kepada premis perniagaan di Bandar Miri, terutama kedai makan.
Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang berkata operasi yang dinamakan ‘Op Patuh 10’ itu akan memeriksa lesen, kebersihan, penyambungan dan pengubahsuaian kedai-kedai makan tanpa kebenaran. – Bernama (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)