LONDON, 5 OGOS – Pep Guardiola percaya kejayaan Manchester City mempertahankan Perisai Komuniti mengalahkan Liverpool satu persiapan sempurna menjelang saingan sengit antara dua kelab itu dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.
Anak buah Guardiola mencipta kemenangan pertama menjelang kempen baharu apabila mengatasi lawan 5-4 menerusi penentuan penalti selepas seri 1-1 pada aksi pembuka tirai tahunan liga utama Inggeris.
“Ada dua pencabar utama, Liverpool dan (Manchester) United, mereka pasukan bertaraf dunia,” kata Guardiola. – AFP