Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persiapkan diri sebelum jalani peperiksaan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Sekolah-sekolah swasta kawasan Brunei I, iaitu Sekolah St George, Sekolah St Andrew dan Sekolah Chung Hwa, baru-baru ini, telah bergabung mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Sembahyang Sunat Doha dan Hajat bagi murid Tahun 6, Tahun 8 serta Tahun 11 yang masing-masing akan menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Peperiksaan Kemajuan Pelajar (SPE) dan ‘O’ Level.

    Hadir selaku tetamu khas pada majlis yang berlangsung di Masjid As-Shaliheen, Jalan Kumbang Pasang itu ialah Ketua Unit Sekolah Swasta, Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Yahya bin Haji Said dan Pembantu Ketua Unit Sekolah Swasta, Bahagian IRK, JPI, KHEU, Haji Rosliman bin Haji Usop.

    Antara objektif majlis itu adalah untuk memohon keberkatan dan pertolongan daripada Allah S.W.T agar para pelajar berkenaan dipermudahkan dan dilapangkan hati mereka ketika menduduki peperiksaan serta memohon kepada Allah S.W.T agar mereka akan berjaya dan lulus dengan cemerlang.

    Di samping itu, majlis tahunan itu juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara para pelajar, guru dan ibu bapa.

    Suasana ketika majlis berkenaan dijalankan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda