Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persiapkan hidup untuk akhirat kelak

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Agama Islam begitu menganjurkan keseimbangan dalam meraih kehidupan dunia dan akhirat.

    “Kita selaku hamba Allah yang menetap di muka bumi yang sementara ini mesti meyakini bahawa akhirat memang telah disediakan sebagai tempat kembali, namun sebelumnya manusia juga ditakdirkan hidup di dunia.

    “Dengan begitu, sebagaimana akhirat harus dipersiapkan, dunia juga harus dijadikan tempat mempersiapkan hidup di akhirat kelak.”

    Perkara itu ditekankan oleh Pengarah Pusat Pengkajian dan Penyelidikan Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Harapandi bin Dahri dalam ceramah Israk dan Mikraj yang dianjurkan oleh ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Pehin Dato Imam Haji Abdul Mokti, Kampung Burong Pingai Ayer, baru-baru ini.

    Ceramah yang berlangsung di masjid itu diadakan bagi menyemarakkan lagi keindahan sambutan Israk dan Mikraj.

    Jemaah masjid semasa mendengarkan ceramah sambutan Israk dan Mikraj di Masjid Pehin Dato Imam Haji Abdul Mokti Kampung Burong Pingai Ayer. – Gambar serahan AJK Masjid Pehin Dato Imam Haji Abdul Mokti

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda