Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persiapkan pelajar hadapi ancaman jenayah siber

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Seramai 250 orang penuntut Tahun 7, 9 dan 10 serta 20 orang guru dari Sekolah Menengah Masin, Kampung Masin telah mengikuti Taklimat Keselamatan Dalam Talian yang disampaikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei.

    Taklimat itu memberi penjelasan mengenai kaedah keselamatan dalam penggunaan teknologi yang semakin canggih serta tanggungjawab dan kewaspadaan dalam mengongsikan butir-butir peribadi di aplikasi media sosial.

    Melalui program itu, para peserta diharapkan dapat memahami kepentingan maklumat keselamatan dalam talian sebagai persediaan awal dalam menghadapi sebarang ancaman jenayah siber.

    Para pelajar semasa mendengar Taklimat Keselamatan Dalam Talian. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda