Oleh Syahmi Hassan – BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Dalam usaha memupuk penambahbaikan berterusan dalam pendidikan dan mempersiapkan pelajar bagi menghadapi cabaran pasaran kerja akan datang, Pejabat Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Akademik (OAVCAA), Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menganjurkan bengkel bertujuan menarik minat pelajar untuk menyediakan maklum balas berharga tentang kurikulum GenNext terkini.