Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Persiapkan profesional HR urus perubahan

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan HR Society Brunei Darussalam

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Kira-kira 40 orang ahli Persatuan Sumber Tenaga Manusia (HRS) yang terdiri daripada profesional sumber tenaga manusia (HR) dari sektor awam dan swasta di seluruh negara telah menghadiri sesi dialog yang dibawakan oleh Chartered Institute of Personnel and Development (CIPD) Asia di Hotel Antarabangsa Rizqun, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang diberikan, sesi dialog bertajuk Global Trends Keeping HR Up at Night itu diketuai oleh Ketua Wilayah APAC (Assoc CIPD), May Leng Kwok, dan menumpukan kepada melihat trend peringkat mikro dan pemacu luaran, faktor-faktor politik, ekonomi, sosial, teknologi, undang-undang dan alam sekitar (PESTLE) dan bagaimana ia memberi kesan kepada perniagaan dan seterusnya profesional HR.

    Dialog berkenaan membincangkan mengenai bagaimana mengurus perubahan dalam kemajuan teknologi, amalan-amalan yang membantu mengekalkan kemahiran dan keupayaan profesional HR pada masa yang sama menangani perbezaan dan amalan-amalan terbaik antara amalan global dan kebangsaan untuk lebih mempersiapkan penduduk bagi persekitaran yang terus berubah pada masa ini,

    Terdahulu itu, ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Presiden dan Pengasas HRS, Hajah Zainab binti M.A. Omar yang kini merupakan pengarah HR di Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dan HR dalam negara Brunei Shell Joint Venture (BSJV).

    Hajah Zainab M.A. Omar

    Kemudian acara diikuti dengan pengenalan CIPD oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan CIPD Asia, Lim Zuo Han yang menyatakan mengenai minat CIPD untuk bekerjasama dengan persatuan HR yang sedia ada di negara ini untuk mengukuhkan dan memajukan profesion HR dalam negara sejajar dengan salah satu objektif CIPD.

    May Leng Kwok mempengerusikan sesi dialog berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...