Saturday, September 21, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    PERSIB adakan mesyuarat ahli jawatankuasa

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Persekutuan Pencak Silat Brunei Darussalam (PERSIB) telah mengadakan mesyuarat dengan ahli jawatankuasa untuk tempoh 2023-2027 di Bilik Hijau Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.

    Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden PERSIB, Pengiran Haji Abdul Karim bin Pengiran Haji Metassan.

    Agenda yang dibincangkan semasa mesyuarat berkenaan termasuk persiapan untuk Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32 di Kemboja dan Kejohanan Pencak Silat Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77.

    Di akhir mesyuarat, Presiden PERSIB mengingatkan ahli jawatankuasa yang baharu dilantik supaya menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab sebagaimana yang telah diamanahkan kepada mereka.

    Pengiran Haji Abdul Karim dan ahli jawatankuasa bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan PERSIB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda