Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Persidangan Brunei Darussalam mengenai Biodiversiti diteruskan untuk hari kedua hari ini menyaksikan tiga ahli panel menyampaikan pembentangan masing-masing untuk Sesi Pleno 2 yang mengetengahkan Peluang Penyelidikan di Tanah Gambut Brunei.
Kurator Pusat Penyelidikan Botani, Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar (IBER), Universiti Brunei Darussalam, Profesor Madya Dr Rahayu Sukmaria binti Haji Sukri selaku panelis pertama telah berkongsi pembentangan mengenai Penerokaan Biodiversiti dan Ekologi Pensyarah Paya Gambut Badas.
Panelis kedua, Saintis Utama Kanan, Perikatan Penyelidikan dan Teknologi Singapura-MIT, Dr.Alex Cobb menyampaikan pembentangan mengenai Penyerapan Karbon di Tanah Gambut sebagai Perkhidmatan Ekosistem.
Sementara itu, Pengurus Projek, Lunima Sdn Bhd, Dr. Borhan Mohd menyampaikan topik mengenai Hutan Paya Gambut Negara Brunei Darussalam: Beberapa Penemuan Awal daripada Inventori Sumber Hutan Negara 2023-25 dan Peluang Penyelidikan.
Sesi itu dikendalikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sains Gunaan dan Matematik, Universiti Teknologi Brunei, Dr Aida Maryam Haji Basri.
Persidangan selama tiga hari bermula kelmarin hingga esok 13 Jun itu dianjurkan oleh Kementerian Sumber- sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Perhutanan dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) bersempena dengan Pameran dan Persidangan Pertengahan Tahun Brunei 2024 (Brunei MYCE 2024).


Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.

