Saturday, December 10, 2022
22 C
Brunei

-

Persidangan COP27 bincang perubahan iklim

SHARM EL-SHEIKH, 7 NOV – Lebih 100 pemimpin dunia termasuk negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mula membincangkan isu perubahan iklim yang semakin teruk.

Walaupun saintis menyifatkannya sebagai cabaran terbesar bumi, tidak banyak kemajuan atau komitmen diharapkan pada Persidangan Perubahan Iklim PBB 2022 atau COP27 kali ini.

Malah, kebanyakan negara masih gagal menunaikan janji yang dibuat ketika COP 26 sebelum ini dan kali ini, mungkin banyak perkara penting tidak mendapat perhatian.

Hampir 50 ketua negara atau kerajaan hari ini memulakan rundingan iklim antarabangsa ‘peringkat tinggi’ di Mesir dan dijangkakan lebih banyak pihak akan turut serta pada hari berikutnya.

Sebahagian besar tumpuan akan diberikan kepada pemimpin negara berkongsi pengalaman kemusnahan di negara masing-masing angkara bencana alam.

Dijangkakan esok, Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Sharif akan menyampaikan ucapan mengenai banjir musim panas di negaranya yang menyebabkan sekurang-kurangnya AS$40 bilion kemusnahan dan jutaan orang kehilangan tempat tinggal.

Kebanyakan pemimpin bermesyuarat pada hari ini dan esok, ketika Amerika Syarikat (AS) mengadakan pemilihan pertengahan penggal yang berpotensi mengubah dasar mengenai isu alam sekitar.

Ia kemudian disusuli perhimpunan pemimpin 20 negara terkaya dunia (G20) yang akan mengadakan mesyuarat di Bali, Indonesia dalam beberapa hari akan datang. – AP

Pemimpin dunia bergambar ramai sebelum siding kemuncak COP27 di bandar Sharm el-Sheikh, Mesir kelmarin. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China terima pesawat domestik pertama

BEIJING, 9 DIS – Sebuah syarikat penerbangan China hari ini menjadi pelanggan pertama yang menerima tempahan pesawat udara jarak jauh yang dikeluarkan oleh pengeluar...

Tindakan China dialu-alukan

- Advertisment -