Wednesday, December 7, 2022
24.6 C
Brunei

-

Persidangan HSSE bermula 21 Ogos

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Para profesional dan penggiat bidang binaan berpeluang untuk mendapatkan maklumat terkini dan berkongsi pengalaman serta amalan terbaik bagi bidang kesihatan, keselamatan, sekuriti dan alam sekitar dalam pembinaan semasa Persidangan Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE 2017) dalam Pembinaan Brunei ke-2 yang akan berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, bermula 21 hingga 23 Ogos nanti.

Persidangan yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan, CONFEX, Pertubuhan Ukur Jurutera dan Arkitek (PUJA) dan Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Kuantiti (BAPEQS) itu turut mengetengahkan pameran antarabangsa, BUILDEX yang akan diadakan di Dewan Perpaduan, Pusat Persidangan Antarabangsa Brunei, selama dua hari pada 22 dan 23 Ogos.

Pameran BUILDEX akan mengetengahkan pelbagai produk, perkhidmatan dan trend terkini dalam sektor pembinaan termasuk bahan atau produk bagi pembinaan rumah. Pameran itu dijangka akan mengemukakan syarikat-syarikat tempatan dan juga mengalu-alukan penyertaan daripada syarikat-syarikat luar negara untuk sama-sama hadir mempamerkan produk atau perkhidmatan terkini mereka.

Dayangku Maznah (kanan) dan Haji Muhammad Anuarwazdi (kiri) pada sidang media itu.
Dayangku Maznah (kanan) dan Haji Muhammad Anuarwazdi (kiri) pada sidang media itu.

Pendaftaran bagi mereka yang berminat untuk menyertai persidangan dan yang berminat untuk mempamerkan produk atau perkhidmatan mereka semasa BUILDEX masih lagi dibuka, jelas Pengurus Operasi CONFEX, Dayangku Maznah binti Pengiran Badaruddin dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat JKR, hari ini.

Turut hadir semasa sidang media berkenaan ialah wakil daripada JKR, Haji Muhammad Anuarwazdi bin Haji Mat Don yang mengalu-alukan para profesional binaan khususnya yang terlibat dalam HSSE untuk menyertai persidangan berkenaan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penghormatan buat Jiang Zemin

BEIJING, 6 DIS – Siren kedengaran di seluruh China hari ini ketika Parti Komunis mengadakan perkabungan bekas pemimpin, Jiang Zemin, memberi penghormatan kepadanya sebagai...
- Advertisment -