Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persidangan ICCARTE harmonikan kreativiti dan seni, budaya

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Dalam dunia moden, budaya dan seni berada di persimpangan kemodenan dan tradisi yang mewakili interaksi dinamik antara memelihara warisan dan menerima inovasi.

    Persimpangan itu merupakan di mana pengaruh kontemporari dan sejarah bergabung untuk menjana jenis-jenis ekspresi dan pemahaman yang baharu, jelas Dekan School of Design, Universiti Teknologi Brunei (UTB), Profesor Dr Yulfian Aminanda dalam ucapan alu-aluannya semasa Persidangan Antarabangsa bagi Teknologi dan Rekaan Seni Kreatif (ICCARTE) 2024 yang berlangsung di Kompleks Perpustakaan Universiti Teknologi Brunei, hari ini.

    Suasana semasa persidangan berkenaan berlangsung.

    Beliau menjelaskan persidangan yang membawa tema Mengharmonikan Seni dan Budaya melalui Rekaan Inovatif, Kreatif dan Mampan, adalah amat bertepatan pada masa kini dengan kita mengemudi isu-isu kompleks global.

    Profesor Dr Yulfian semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya.

    Menurutnya, seni dan budaya menyediakan sebuah lensa unik di mana kita boleh meneliti isu-isu sosial, meraikan diversiti dan memupuk empati. Seni dan budaya juga memainkan peranan mustahak dalam pembinaan masyarakat, pendidikan dan pembangunan ekonomi, tambahnya.

    Persidangan yang julung kali diadakan itu, diadakan bersempena dengan Konvensyen Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) 2024 di mana ia merupakan sebuah acara yang amat signifikan dalam bidang seni, rekaan dan teknologi.

    Atas & Bawah: Sebahagian daripada hadirin yang menyertai persidangan berkenaan.

    Persidangan itu mengetengahkan pembentangan ucaptama daripada tiga orang pembentang terbilang dengan pembentang pertama iaitu Profesor Dr Dzul Haimi Md Zain menyampaikan pembentangan bertajuk Embracing Art and Culture in Art & Design yang meneroka bagaimana pengaruh kebudayaan telah diintegrasikan ke dalam amalan rekaan dan seni kontemporari dengan penekanan kepada gabungan kemodenan dan tradisi.

    Profesor Dr Dzul Haimi semasa menyampaikan pembentangannya.

    Pembentangan kedua daripada Ar. Haji Khalid bin Haji Surat, membentangkan mengenai Programming Architecture di mana beliau memberikan analisis mendalam mengenai bagaimana teknologi digital telah merubah reka bentuk seni bina, membincangkan mengenai kemajuan dan hala tuju masa depan.

    Manakala Profesor Madya Dr Nor Azwadi bin Che Sidik menyampaikan pembentangan bertajuk The Art and Design of Journal Management di mana beliau mengulas mengenai peranan reka bentuk dalam memperbaiki proses pengurusan jurnal dan impaknya kepada komunikasi ilmiah.

    Persidangan itu turut mengetengahkan sesi selari yang memberikan penekanan kepada 4 bidang utama iaitu seni bina, reka bentuk produk / industri, reka bentuk fesyen dan teknologi serta teknologi dalam reka bentuk seni kreatif.

    Persidangan ICCARTE 2024 menawarkan sebuah platform berharga bagi perbincangan yang menarik dan pertukaran ilmu pengetahuan di kalangan ahli profesional dan akademik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda