Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Persidangan kali pertama dalam tempoh 22 tahun

    SEOUL, 5 APRIL – Korea Utara buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun menganjurkan persidangan kesatuan wartawan dan menggesa ahlinya menjadi ‘jurucakap yang setia’ kepada Parti Pekerja yang memerintah.

    Persidangan kesembilan Kesatuan Wartawan Korea berlangsung di Pyongyang pada Isnin dan Selasa, disertai oleh pegawai tinggi media negara termasuk penyampai berita Korean Central TV, Ri Chun-hee, lapor Yonhap memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

    Pada persidangan itu, pengerusi jawatankuasa pusat kesatuan itu menyeru ahlinya supaya menerima dasar dan pendirian parti pemerintah sebagai ‘kebenaran mutlak’ dan menjadi ‘jurucakap setia’ untuk memimpin pembinaan negara sosialis.

    Ahli-ahli sebulat suara mengundi untuk menyemak peraturan kesatuan, namun KCNA tidak memberikan butiran mengenainya.

    Selain itu, ahli-ahli kesatuan turut memilih pengerusi dan naib pengerusi baharu jawatankuasa pusat. – Bernama

    Persidangan kesatuan wartawan diadakan di Korea Utama buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun. – Agensi

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Laut China Selatan perlu kekal sebagai zon aman

    KUALA LUMPUR, 17 NOV - Laut China Selatan tidak...

    Korea Utara beri amaran susulan pelancaran peluru berpandu

    SEOUL, 9 NOV – Menteri Pertahanan Korea Utara kelmarin...

    AYC 2025 himpunkan pemimpin belia ASEAN di Kuala Lumpur

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV...

    Korea Utara uji peluru berpandu sebelum ketibaan Trump di Selatan

    SEOUL, 29 OKT – Korea Utara melancarkan peluru berpandu...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...