Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persidangan kereta api laju dunia ke-12 buka tirai

    BEIJING, 10 JULAI – Persidangan Kereta Api Laju Dunia ke-12 membuka tirainya di Beijing Selasa lalu dengan Naib Perdana Menteri China, Zhang Guoqing hadir merasmikan acara terbabit serta menyampaikan ucapan pembukaan.

    Dalam ucapannya, Zhang berkata China komited untuk terus memajukan kerjasama kereta api laju (HSR) di peringkat dua hala dan pelbagai hala secara proaktif, memperkukuh kesalinghubungan, di samping meningkatkan perkongsian teknologi dan pengalaman dalam pembinaan dan pengurusan HSR dengan pelbagai negara.

    Selain itu, China akan terus mendorong pembangunan sektor HSR demi memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat, katanya. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda