Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persidangan Pasaran Modal ASEAN 8 Nov

    KUALA LUMPUR, 3 Nov – Sepuluh pengawal selia sekuriti di bawah Forum Pasaran Modal ASEAN(ACMF) akan bersama-sama menganjurkan Persidangan Pasaran Modal ASEAN 2017 di sini pada 8 Nov, 2017, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

    Dalam kenyataan hari ini, SC berkata, persidangan julung-julung kali diadakan itu akan menjadi platform dalam mengetengahkan usaha ke arah kerjasama serantau bagi pasaran modal ASEAN yang saling berkaitan, inklusif dan berdaya tahan untuk pertumbuhan mampan serantau, seperti ditetapkan dalam Visi ACMF 2025.

    Suruhanjaya itu berkata, perbincangan mengenai bidang pembangunan pasaran modal utama??????? akan diadakan semasa persidangan itu, sekali gus menunjukkan usaha dan tugas berterusan untuk memacu lagi peluang pelaburan dan perniagaan ke rantau ini.

    “Persidangan bertema ‘Strengthening ASEAN Capital Market Connectivity’ (Pengukuhan???????Kesalinghubungan Pasaran Modal ASEAN) itu merupakan kerjasama dengan Bank Pembangunan Asia.

    “Sesi jaringan kerja, perbincangan panel dan pembentangan tokoh berwawasan dari dan luar blok ASEAN juga akan diadakah selain ucaptama Pengerusi ACMF, Tan Sri Ranjit Ajit Singh, yang juga Pengerusi SC,” menurut suruhanjaya itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda