Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perspektif yang berbeza

    Oleh Zulkamal Haji Kamis

     

    DALAM menelusuri kehidupan yang penuh berliku ini, pastinya setiap individu akan menghadapi pelbagai peristiwa suka dan duka dalam kehidupan mereka namun tidak juga dinafikan ‘tuah’ dalam kehidupan manusia juga berbeza-beza, adakalanya ia akan terus baik meningkat lebih baik dan ada juga sebaliknya. Namun begitulah lumrahnya dunia, hebatnya permainan dunia.

    “Emmmm boring ku sudah Tina, boring ku sudah macam ane setiap hari, ia juga benda yang sama kan dibuat, ngaleh ku sudah Tina, banar tah,” kata Jasmine yang sedang duduk termenung di dapur pejabat mereka. “Astah kau ane Jas, bisai sudah kau di sini ane, daripada kau di tempat yang lain, hargai deyh, bersyukur, jangan lupa sukar kali ah masane kan mencari keraja, sekarang ane orang ramai berpusu-pusu kan mencari keraja yang bisai, ane tah kau bisai sudah, inda ku faham sis,” kata Tina cuba mengingatkan Jasmine.

    “Bukan pulang inda besyukur Tine, rahmat pulang sudah bekeraja di sini tapi entah ah, malas ku kan becakap, biar tia diam kan saja,” kata Jasmine sambil meminum kopi panasnya itu. “Iatah tue, yang penting sekarang bekeraja saja dengan baik Jas, niat ikhlas, walau payah bagaimana pun, jalankan tanggungjawab mu atu,” kata Tina lagi cuba mengingatkan Jasmine.

    “InsyaAllah Tina, waaaa hebat kau Tina, macam seorang penceramah sudah usulmu ah,” kata Jasmine kepada Tina. “Eshhh apa ne, macam biasa lah tue, nasihat kepada kawan kan, inda buleh kah,” balas Tina. “Bah apa lagi masak tia Maggie ah, lapar udah ne, kan menunggu kau dari tadi temenung atu, lapar saja parut,” kata Tina kepada Jasmine.

    Begitulah rutin harian Jasmine dan Tina setiap kali waktu rehat tengah hari di pejabat mereka. Mereka akan bersembang mengenai apa sahaja masalah dan perkembangan terbaharu mereka di dalam kehidupan mereka. Berkongsi masalah apa sahaja termasuk percintaan dan sebagainya.

    “Eyhhh Tina, apa khabar buah hatimu? Lama sudah kau inda becerita arahku,” tanya Jasmine kepada Tina. “Amboiiii jangantah busybody ane sis, okey ya deyh, ganya biasalah, sibuk saja ya dengan kerajanya yang semakin betimbun ah, masa kan dating pun jarang sudah,” kata Tina kepada Jasmine. “Ia kah, nah bisai-bisai sis eyh, awasi jua, mana tau lain jadinya, membari takut sudah masa ane, kata sibuk keraja lah tapi last-last sibuk dating sama wanita lain, ingat kau tue,” kata Jasmine mengingatkan.

    “Choi choi choi, kau ane Jas eyh, cabul mulutmu ane, percaya ku ia atu, bukan perangainya tue macam yang kau sabut atu,” balas Tina. Pada hari itu, topik utama Jasmine dan Tina adalah mengenai kekasih mereka. “Emm siuk jua becerita ane ah, hilang rasa tertekan ku Tina, kosong tarus beban ku,” kata Jasmine kepada Tina. “Iatah tah tue, sudah ku getau kau tadi, apa yang terpendam di hatimu atu getau saja aku, curhat saja arah ku, aku sedia mendengar sis, well biasanya kita kan perempuan, i tau apa isi hati u sis,” kata Tina sambil bergurau. “Ala sudahlah kau Tina, banci ku kau buat catu ah,” kata Jasmine sambil ketawa.

    Sedetik kemudian

    “Amboiiii kamu berdua disini ane, inda bekeraja kah, abis jua sudah waktu berehat ne, ewaahhh siuk banar kamu begosip ah, inda lagi ingat waktu kan bekeraja kah,” kata Erra sebaik sahaja memasuki dapur pejabat mereka. “Antammm kau, tekajut ku eyh kau ane Erra, awu sekajap lagi kan bekeraja tah balik ne, lagi pun boss bukan jua ada hari ane, so free lah sikit,” kata Jasmine kepada Erra.

    “Nah iatah inda bagus ne pikiran mu cani ane, inda dapat diamalkan selalu tue pemikiran catu atu sis, walaupun boss inda ada, inda semestinya kitani kan ponteng inda bekeraja, relex saja sepanjang hari, tanggungjawab dan amanah sis ah, jangan lupa tue,” kata Erra kepada Jasmine.

    “Nah kana tah ku sekali lagi, tadi cTina ane cErra lagi, aduiiii sakitnya tuh disini,” kata Jasmine bergurau. “Macam-macam saja kau ane Jas, bah lakastah masuk semula ke opis, panjang karang lagi ceramahnya cErra Fazira ane Jas,” kata Tina kepada Jasmine. “Bah jom sis,” balas Jasmine.

    “Bukankah kau tau cana kan membuat laporan ane Jas, inda kan inda tahu, sudah jua beberapa kali kana ajar, atupun kau masih inda tahu kah, atau kau sengaja inda mau tahu akan benda ane,” kata Rina kepada Jasmine. “Aikkk inda lurus kan, sudah jua ku ikut prosedur yang kana bagi untuk membuat laporan ane Rina, jangan luan melulu menuduh sebarangan ane eyh, selidiki dulu,” balas Jasmine kepada Rina. “Apakah diselidiki ne, tarang-tarang salah jua ne laporan kau buat ane,” kata Rina lagi kepada Jasmine.

    “Bah mari tia, aku buat semula, daripada tarus mengadap kau, baik buat balik,” balas Jasmine sambil mengambil laporan yang ada di tangan Rina. “Huh macam apa, baharu pun naik pangkat sudah tia basar kepala, inda lagi ingat dunia,” kata Jasmine seorang diri sambil membuka semula laporan yang dibuatnya itu.

    Jasmine merupakan seorang pekerja yang sangat dedikasi dan sentiasa mementingkan kualiti kerja yang dibuatnya. Namun semenjak kebelakangan ini, prestasi kerjanya semakin merosot dan tidak begitu baik. “Jas, okey kau kah?” tanya Tina kepada Jasmine. “Huh, okey lah, kenapa pulang inda okey,” jawab Jasmine. “Inda bah, sejak kebelakangan ane, ku liat keraja mu ane macam inda betantu sudah, kajap baik kajap inda baik, tue melihat kau cRina malar memanggil kau ah, kenapa tue,” tanya Tina kepada Jasmine. “Ala okey lah Tina, jangantah ingau ane,” balas Jasmine.

    Terbahagi

    “Waaa Rina, semakin begaya ne lately ane, semakin cantik,” kata Erra kepada Rina. “Ahh ia kah, esshhh biasalah saja sis, lagi pun bukan selalu,” jawab Rina kepada Erra. “Inda selalu lah konon, padahal setiap hari,” kata Erra di dalam hati. “Bah apa lagi tue Erra, tue keraja betimbun ah, sila buat, jangan kan begosip sahaja macam tue cJasmine ah, apa keraja pun inda lurus dibuatnya,” kata Rina kepada Erra.

    “Eshhh geramnya aku, geramnnya,” kata Erra seorang diri. “Woiii sis, kenapa kau eyh, okey kau,” tanya Tina kepada Erra. “Tue boss mu ah, macam apa, cuba tah becakap ane bisai-bisai ah, ane macam becakap macam orang di dapannya ane berhati batu kali, panas hati ku eyh sis,” jawab Erra. “Ala biasalah tue sis, orang baharu naik pangkat lah katakan, jangantah difikirkan tue sis, inda membari kaya tue,” balas Tina kepada Erra.

    Jasmine berjalan perlahan di kawasan taman bunga yang terletak berdekatan dengan rumahnya. “Huh bilakah aku dapat merasakan keseronokan kembali, aku seperti kehilangan sesuatu, aku sudah hilang semangat,” kata Jasmine seorang diri. Sejak sering kali dimarahi oleh Rina tempoh hari, Jasmine seakan-akan tidak tahan dengan kerenah ketua baharunya itu. Apa sahaja yang dibuatnya pasti tidak baik di depan matanya walaupun tugasan itu sudah terbaik dilakukannya. Rina seakan-akan tidak berpuas hati dengan dirinya.

    “Huh kenapa kan ku fikirkan semua ane, inda berfaedah kan difikirkan ne, tapi somehow ia memberi kesan bah arah ku, kenapa ya kan, ia mau persepktif berbeza kali wanita atu,” kata Jasmine seorang diri lagi. “Huh baiklah lupakan semua atu, lupakan semua atu Jas, just do your work,” kata Jasmine lagi seorang diri.

    Kelihatan hari semakin gelap dan angin semakin kuat, Jasmine berlari meninggalkan taman tersebut dan menuju ke rumahnya. Sebaik sahaja sampai di rumahnya, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. “Huh baik jua sampai di rumah sudah, khabarnya beujan,” kata Jasmine seorang diri. Jasmine duduk seketika melihat hujan yang turun. “Hujan ane seperti memahami akan perasaan ku waktu ane, Ya Allah tabahkanlah hati ku ane Ya Allah, tabahkan hati ku untuk menjalani kehidupan yang penuh berliku ane,” Jasmine memohon doa kepada Allah SWT.

    “Rina, kenapa kau anggap laporan yang dibuat oleh Jasmine ane salah, sedangkan ia betul, ada masalah mu kah dengan cJasmine,” kata Tuan Malik kepada Rina. “Tapi cuba kita selidiki lagi Tuan laporan atu, memang ada salah tue Tuan,” balas Rina kepada Tuan Malik. “Awu memang ada salah tapi its minor things mun sekadar salah ejaan its okey untuk dibuat improvement, ane semua kau anggap salah, why ah why Rina,” tanya Tuan Malik kepada Rina.

    “Eyhhh Jas, kau sendiri getau kah arah Tuan Malik laporan yang kau buat atu?” tanya Tina dan Erra kepada Jasmine. “Eshhh nolah, Tuan Malik sendiri melihat laporan ku atu, kan arah e-mel aku cc Tuan Malik, so ia bacalah, mun sudah balik-balik cRina atu kan minta tukar lah itu lah ini lah,” jawab Jasmine kepada Tina dan Rina. “Tapi kan ah, biar ya, apa rasanya nah kana marahi oleh ketua besar, luan ia saja kan lurus, persepktif nya saja yang kan dinilai baik, kitani bawahan ane inda dipandang, nah rasailah,” kata Erra kepada Jasmine dan Tina.

    “Eshhh kamu ane, jangan deyh, cRina atu buat apa yang patut sudah tue, ia kan cuba memperkembangkan lagi bah unit kitani ane, memajukan unit kitani, so sokonglah, jangan di tambah lagi bara api atu,” kata Jasmine kepada Erra dan Tina.

    Terima kasih

    “Jasmine, sudah lama kah situasi ini berlaku,” tanya Tuan Malik kepada Jasmine. “Eyhhh inda Boss, sekali dua saja, lagi pun atu untuk kebaikan jua kan,” jawab Jasmine kepada Tuan Malik. “Don’t try to lie ya Jasmine cause I saw text conversation kamu arah e-mel,” kata Tuan Malik tegas.

    “One things yang aku inda mau, don’t waste too much time on work yang mudah dibuat tapi dibuat berkali-kali, bukan perfection yang kitani mahukan tetapi kualiti yang berterusan. Banyak lagi kerja yang perlu diberikan penekanan. Yes kitani ada mistake, siapa jua inda membuat mistake tapi ia boleh diperbaiki,” kata Tuan Malik lagi.

    “So Rina, do you understand, if ada minor mistake pun, kau sendiri pun boleh perbaiki kan, sama-sama lah kita in one unit ane untuk bekerjasama, walaupun kau baharu saja naik pangkat, jangan besar kepala, hormati yang lain, hear their opinion, their perspektif, jangan our side saja, hear,” kata Tuan Malik kepada Rina yang terdiam seribu bahasa.

    “Jasmine, I minta maaf ah, sorry if selalu menyusahkan kau, menjadikan environment keraja jadi inda siuk,” kata Rina kepada Jasmine sebaik sahaja mereka berdua keluar dari pejabat Tuan Malik. “No its okey lah Rina, sama-sama kitani beringat saja ya,” jawab Jasmine.

    “Waaaa bukan main senyum kau Jas, lebar ke hidung muhamu atu,” kata Tina dan Rina memerhatikannya dari jauh. “Astah, ane keraja kamu memerhatikan urang ah, bah buat tia keraja kamu atu, aku kan jadi cRina ne lapas ane,” kata Jasmine sambil ketawa. Mereka bertiga pun ketawa sekali gus memeriahkan lagi suasana pejabat ketika itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda