LONDON, 30 APRIL – Konsert sempena istiadat pertabalan Raja Charles III akan diserikan dengan penyertaan ramai bintang popular antaranya Tom Cruise, Joan Collins, Tom Jones, Bear Grylls, Oti Mabuse dan Winnie the Pooh.
Bintang pop Amerika, Katy Perry dan Lionel Richie akan mengetuai sambutan itu yang juga bakal menampilkan persembahan beberapa bintang popular lain termasuk Steve Winwood, Take That, Andrea Bocelli, Bryn Terfel, Freya Ridings, Alexis Ffrench, Paloma Faith dan Tiwa Savage, lapor United Press International (UPI).
Konsert itu bakal berlangsung pada 7 Mei di pekarangan Istana Windsor dan akan disiarkan di seluruh platform televisyen, radio dan penstriman BBC. – Bernama