Tuesday, May 20, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertahan sistem perdagangan pelbagai hala

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Brunei Darussalam menekankan pentingnya perdagangan mampan, penggunaan teknologi secara inklusif serta kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran ekonomi global semasa Mesyuarat APEC Menteri-menteri Bertanggungjawab untuk Perdagangan (APEC MRT) 2025 yang berlangsung dari 15 hingga 16 Mei di Jeju, Korea Selatan.

    Mewakili negara ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Mesyuarat APEC MRT dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Korea Selatan, Tuan Yang Terutama Inkyo Cheong dan dihadiri oleh menteri-menteri perdagangan serta ekonomi dari ekonomi-ekonomi APEC.

    Bertemakan Building a Sustainable Tomorrow: Connect, Innovate, Prosper, mesyuarat tahun ini memberi tumpuan kepada langkah kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI), standardi-sasi maklumat perdagangan dan kastam, pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), peranan APEC dalam sistem perdagangan pelbagai hala serta langkah-langkah untuk usaha sama dalam mewujudkan rantaian bekalan yang mampan, termasuk tindak balas terhadap krisis iklim.

    Semasa sesi perbincangan, Yang Berhormat Dato menyampaikan komitmen Brunei dalam pembangunan strategi kebangsaan AI, termasuk integrasinya dalam sektor kesihatan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bergambar bersama Ngozi Okonjo-Iweala semasa mesyuarat tersebut. – GAMBAR SERAHAN MOFE
    Gambar ramai semasa Mesyuarat APEC MRT 2025 yang berlangsung dari 15 hingga 16 Mei di Jeju, Korea Selatan. – GAMBAR SERAHAN MOFE

    Beliau turut menekankan keperluan menangani isu jurang peraturan, melindungi privasi data serta memastikan penerimaan teknologi digital yang inklusif untuk pembangunan serantau yang saksama.

    Di samping itu, Yang Berhormat Dato menegaskan sokongan Brunei terhadap sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan dengan WTO sebagai terasnya. Beliau menggesa APEC agar terus menyokong usaha WTO, termasuk dalam penyediaan keputusan menjelang Persidangan Menteri-menteri WTO ke-14 serta memulihkan sistem penyelesaian pertikaian.

    Semasa mesyuarat, Brunei juga menyuarakan sokongan terhadap usaha meningkatkan ketahanan rantaian bekalan serantau, memandangkan ketidaktentuan global yang semakin meningkat, selain menyambut baik inisiatif APEC untuk memodenkan sistem perdagangan dan logistik serantau.

    Pada mesyuarat berkenaan, Yang Berhormat Dato turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Kemampanan dan Alam Sekitar serta Menteri Bertanggungjawab ke atas Hubungan Perdagangan Singapura, Puan Yang Terutama Grace Fu Hai Yien.

    Kedua-dua pihak membincangkan kepentingan menjunjung tinggi sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan serta memperkukuh kerjasama serantau melalui platform ASEAN dan APEC. Kedua-dua pihak juga meneroka potensi kerjasama baharu dalam bidang tenaga dan kemampanan.

    Sementara itu, Yang Berhormat Dato juga mengambil kesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah WTO, Ngozi Okonjo-Iweala.

    Selain itu, menteri-menteri dan wakil negara anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) turut mengadakan pertemuan pada 16 Mei di Jeju, bersempena Mesyuarat APEC MRT.

    Menteri-menteri menekankan keperluan mempercepatkan proses General Review CPTPP bagi memperkukuh dan mengemas kini perjanjian tersebut, serta mengalu-alukan kemajuan dalam proses penyertaan Costa Rica.

    Mesyuarat turut bersetuju untuk memulakan dialog dengan Kesatuan Eropah dan ASEAN pada tahun ini. Para menteri telah mengesahkan Kenyataan Bersama Menteri-menteri APEC MRT 2025 dan boleh diakses melalui laman rasmi APEC.

    Delegasi Brunei yang turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Ekonomi, Perdagangan dan Industri), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin, serta pegawai-pegawai kanan kementerian berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/