Sunday, February 23, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertahankan amalan keharmonian beragama

    Oleh Salawati Haji Yahya, Syahmi Hassan dan Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Nov- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, bertitah bahawa dunia kini penuh dengan cabaran, di mana antara cabaran yang sering menggugat ialah cabaran dalam amalan beragama.

    “Ia silih berganti, seperti saja tidak ada kesudahannya. Dalang yang membawa cabaran, sangat suka menghambur-hamburkan pendapat seperti memburuk-burukkan amalan bertahlil, menolak ziarah kubur, mempertikai sambutan Maulid Ar-Rasul, membaca Al-Quran sebelum memulakan tugas dan lain-lain, dengan alasan semua itu tidak dibuat oleh Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam.”

    Baginda bertitah demikian pada Perasmian Majlis Ilmu 2017 sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 Tahun di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, hari ini.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda