Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pertahankan warisan budaya tak ketara

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (KABSBM) sempena Bulan Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa telah diteruskan lagi hari ini dengan tajuk ‘Kerjasama Pelbagai Hala: Masa Hadapan bagi Warisan Budaya Tak Ketara Kebangsaan’.

    Siri pembentangan ke-19 ini menampilkan Pemangku Pengarah, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS), Haji Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit selaku pemakalah dan Pegawai Bahasa DBP Brunei, Awang Raieham bin Mohd Salleh selaku pengerusi.

    Antara yang diketengahkan dalam pembentangan kali ini adalah warisan budaya tak ketara seperti pantun, kraf tangan, seni persembahan dan acara-acara tradisi yang merupakan warisan yang terpelihara; serta kesukaran penjagaan warisan budaya berkenaan yang diamalkan sejak zaman dahulu oleh pelbagai negara yang mengamalkan budaya serupa. 

    Selain itu, peranan KKBS dalam mempertahankan warisan budaya tersebut dapat dilihat daripada pelbagai usaha dan aktiviti yang diungkayahkan turut disentuh semasa siri pembentangan tersebut.

    Seramai 124 orang menghadiri kongres secara maya berkenaan yang terdiri daripada Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab; Pemangku Timbalan Pengarah DBP, Hajah Sariani binti Haji Ishak, para pemakalah dari dalam dan luar negara, rakan-rakan strategik DBP, pegawai-pegawai kanan kerajaan, dan para pencinta bahasa, sastera dan budaya dari dalam dan luar negara. 

    Penyelenggaraan KABSBM dengan tema utama ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ itu turut didukung bersama oleh rakan-rakan strategik DBP, iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Majlis Belia Brunei (MBB), ASTERAWANI Brunei dan Kumpulan Putra Seni (KPS).

    KABSBM dilaksanakan secara bersiri mulai 16 Mac hingga 22 Jun depan dengan pembentangan kertas kerja dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan Rabu. 

    Antara peserta yang menghadiri siri KABSBM yang diadakan secara maya kelmarin. – Gambar serahan DBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...