WELLINGTON, 18 DIS – Pertambahan jumlah pelancong disahkan memberi kesan buruk pada alam sekitar New Zealand dan memusnahkan kualiti yang terdapat pada destinasi menarik negara itu, dedah satu laporan parlimen hari ini.
Negara Pasifik Selatan itu sekian lama menjadikan slogan ‘11 peratus Suci’ serta ‘bersih dan hijau’ sebagai bentuk pemasaran, namun tempoh beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan ia dipenuhi lambakan pelancong, sama ada peminat filem ‘Lord of the Rings’, pendaki gunung, pengembara dan pencinta hidupan liar. Laporan daripada pesuruhjaya alam sekitar, Simon Upton itu dibentangkan ketika sektor pelancongan New Zealand berdepan tekanan, susulan tragedi letupan gunung berapi di White Island yang meragut nyawa 16 pelancong luar negara dan dua pemandu pelancong. – AFP