Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pertandingan angkat Warisan Brunei

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Persembahan yang menarik ketika menyampaikan cerita bertajuk Silat oleh Awang Mohd Khairun Azfar bin Mohd Zaiful Rizan dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) berjaya menambat hati panel hakim untuk muncul juara Kategori A Bahasa Melayu dalam Pertandingan Mari Bercerita Peringkat Akhir 2023.

    Sementara itu, Dayang Asyiqah Zakirah binti Harun dari Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai (SRPDNPJS), Tutong, dengan cerita bertajuk Believing in Yourself muncul sebagai juara Kategori B Bahasa Inggeris dalam pertandingan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Perpustakaan itu yang merupakan projek tahunan DBP.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan yang berlangsung di Dewan Teater PM Dato Sharifuddin, Arkib Negara, hari ini ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dr Haji Mahali bin Haji Momin.

    Dalam kata alu-aluannya, Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab menyatakan pertandingan itu dihasratkan sebagai platform yang menggalakkan generasi muda untuk minat membaca sekali gus meningkatkan kemahiran membaca kerana perlakuan membaca itu tidak hanya melibatkan pengecaman terhadap simbol yang dibaca tetapi juga melibatkan aspek kefahaman.

    Pertandingan itu, jelasnya, mengetengahkan para peserta menyampaikan cerita yang mengangkat tema Warisan Brunei di mana cerita yang disampaikan adalah hasil daripada karya para peserta sendiri.

    Yang Berhormat Dr Haji Mahali menyampaikan hadiah kepada johan Kategori B, Dayang Asyiqah Zakirah. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Yang Berhormat Dr Haji Mahali menyampaikan hadiah kepada johan Kategori A, Awang Mohd Khairun Azfar. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    “Keupayaan para peserta mengarang kemudian melakonkannya bukan sahaja merepresentasikan ketajamaan pemikiran mereka berimaginasi dan memahami isi cerita malah, memperlihatkan kemampuan mereka berkomunikasi dengan penguasaan penggunaan bahasa yang baik,” ujar beliau.

    Awang Suip menyatakan bahawa dengan mengangkat tema pertandingan, cerita-cerita yang dihasilkan oleh para peserta sudah pastinya memberikan inspirasi dan motivasi kepada masyarakat untuk sama-sama memelihara, melestarikan dan seterusnya memperkenalkan khazanah-khazanah negara supaya terus diwarisi.

    Dalam pertandingan itu, bagi Kategori A, naib johan disandang oleh Awang Muhammad Aniq Asyraaf bin Awang Abdul Aziz dari Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB), Rimba, manakala itu, Awang Muhammad Zarif Amsyar bin Mohammad Amirul Haffizan dari SASHHB memenangi tempat ketiga dan sagu hati diterima oleh Awang Muhammad Amjad Warid bin Mohammad Azizulfitri dari SASHHB.

    Bagi Kategori B, naib johan disandang oleh Awang Syed Harith bin Syed Rozman dari SASHHB, tempat ketiga dimenangi oleh Dayang Zareen Haninah binti Zul-Fakhri dari SR YSHHB dan sagu hati dimenangi Dayang Nur Thaqirah Wafiqah binti Abdullah
    dari Sekolah Rendah Labu Estate.

    Juara menerima hadiah wang tunai sebanyak $500, naib juara menerima $400 dan pemenang ketiga membawa pulang $300, dengan masing-masing turut memenangi langganan majalah Mekar dan Naindung selama setahun dan hadiah sampingan daripada para penaja.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...