Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan asah bacaan, hafalan Al-Quran dan iqra pelajar

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Seramai 81 peserta telah menyertai Pertandingan Membaca dan Menghafal Al-Quran dan Iqra’ yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Bunga, Perumahan Kampung Sungai Bunga, hari ini.
     
    Pertandingan itu dikelolakan oleh ahli Jawatankuasa Takmir dan Guru-guru Pengajar Al-Quran masjid tersebut yang merupakan program tahunan bagi para pelajar membaca Al-Quran setiap Jumaat.
     
    Hadir dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pada majlis berkenaan ialah Ketua Kampung Pulau Baru-Baru dan Sungai Bunga Tanjung Kindana, Awang Zaini bin Haji Salleh.
     
    Pertandingan tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Kategori Kelas Muqaddam, Kategori Kelas Al-Quran, Kategori Juz 2 (ayat 154-158), Kategori Juz 2 (ayat 197-199) dan Kategori Ibu Bapa atau Penjaga.
     
    Pertandingan itu bermatlamat untuk memberi galakan dan penghargaan kepada para pelajar yang mengikuti program mempelajari Al-Quran atau iqra di masjid berkenaan serta membiasakan diri pelajar untuk tampil ke hadapan bagi memperdengarkan bacaan mereka di khalayak ramai.
     
    Program itu akan terus dilaksanakan untuk menggalakkan dan membantu melancarkan lagi bacaan Al-Quran mereka selain bimbingan di sekolah.
     
    Awang Zaini bergambar ramai bersama para peserta pertandingan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MASJID KAMPUNG SUNGAI BUNGA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda