Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Dengan matlamat untuk membantu para pelajar membina keyakinan diri, kemahiran bertutur di khalayak ramai serta kemahiran komunikasi, Sekolah Chung Hwa Kiudang mengadakan Pertandingan Mari Bercerita dan Peraduan Ejaan (Spelling Bee) ke-4, baru-baru ini.
Pertandingan tahunan itu diadakan di Dewan Serba guna, Sekolah Chung Hwa Kiudang bersempena dengan penutup Bulan Bahasa.
Hadiah para pemenang bagi kedua-dua pertandingan disampaikan oleh Pengetua, Loo Shee Yun.
Kesemua peserta dalam pertandingan berkenaan telah menerima baucar wang tunai yang ditaja oleh Bismi Trading Sdn Bhd atas pencapaian dan usaha mereka mengambil bahagian serta bertanding dalam pertandingan itu.
Pertandingan itu juga diharap dapat membangunkan keupayaan pelajar berkem-bang maju di bawah tekanan.






