BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Seramai 40 orang telah menyertai Pertandingan Beyblade Battle Of GT Layer yang diadakan dengan kerjasama Pusat Sejarah Brunei (PSB) sebagai salah satu aktiviti sempena Cabaran Larian Sejarah 2021 yang berlangsung di PSB, kelmarin.
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad berkesempatan meninjau perlawanan berkenaan sekali gus menerima penerangan mengenai permai-nan Beyblade di negara ini yang disampaikan oleh Pengasas DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam, Haji Rosaimi bin Haji Lamit.
Yang Berhormat Dato juga berkesempatan untuk mencuba sendiri permainan Beyblade dan merasmikan pertandingan berkenaan.
Dalam pertandingan itu, Awang Muhd Daniyel Hakeem bin Haji Lamit daripada Pasukan Ghostbeys dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan Awang Massuny bin Haji Mohid daripada Pasukan Underground Beys, yang menduduki tempat kedua.
Sementara itu tempat ketiga disandang oleh Dayang Nur Ishfa Nabiqah binti Haji Rosaimi dari Pasukan Ghostbeys dan Awang Aizul Shazwan bin Shamsul Rizal dari Pasukan Santai Aja Bladers pula berada di tempat keempat.