Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan Beyblade X meriah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Amiruddin bin Haji Abdi Manaf daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB) muncul juara sekali gus membawa pulang hadiah utama sebiji television 32 inci dalam pertandingan Beyblade X 3 on 3 Open anjuran DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam yang di adakan di Pusat Membeli-belah Aman Hills di Kampung Sungai Tilong.

    Manakala di tempat kedua disandang oleh Danish Irfan bin Riwi daripada Pasukan DBos Beys (DB) dan tempat ketiga disandang oleh Mimi Nazuwan bin Ibrahim daripada Pasukan JB serta tempat keempat disandang oleh Muhd Aqil Atthar bin Mohammad Aqim.

    Sementara hadiah sagu hati lapan teratas dimenangi oleh Junaidi bin Haji Mohd Yussof daripada Pasukan Underground X (UGX), Muhammad Syafen Auta bin Mainor Azizi daripada Pasukan DB, Amiruddin bin Haji Abdul Manaf daripada Pasukan JB dan Sallehuddin bin Sabli daripada Pasukan DB.

    Manakala, dalam pertandingan 2 on 2 Kid juara disandang oleh Muhd Aqil Atthar bin Mohammad Aqim, tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Syafen Auta bin Mainor Azizi, ketiga disandang oleh Muhammad Al Raffiz Rizqi dan keempat disandang oleh Irtiyah Az Zahraa.

    Dalam perebutan Liga Jakusha Bladers bagi tahun 2024/2025, Pasukan SA Bladerz terus mengungguli carta liga dengan memperoleh 104 mata diikuti Pasukan JB dengan 91 mata, Pasukan DB 67 mata dan Pasukan UGX memperoleh 44 mata.

    Para peserta begambar bersama hadiah kemenangan. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    Antara aksi peserta kanak-kanak semasa pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda