Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan boling PKMS erat ukhuwah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia (PKMS) telah mengadakan Perlawanan Boling Muhibah sempena sambutan Hari Malaysia 2024 yang diadakan di Golden Bowling, Airport Mall, baru-baru ini.

    Pertandingan telah dirasmikan oleh Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan, Nur Ezira Mahadi yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang perlawanan boling berkenaan.

    Perlawanan tersebut antara lain dihasratkan untuk merapatkan ukhuwah silaturahim antara diaspora Malaysia yang berada di Negara Brunei Darussalam tanpa mengira latar belakang, persatuan, kaum dan agama yang mana bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia.

    Pada acara itu, tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki, kategori wanita dan kategori berkumpulan.

    Muncul johan bagi kategori lelaki ialah Zaharim Tawang dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 356, manakala johan bagi kategori wanita dimenangi oleh Junaidah dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 282.

    Sementara johan bagi kategori berkumpulan pula dimenangi oleh Zaharim Tawang, Haji Shahadan dan Tengku Faiz daripada Kumpulan 11 dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 834.

    Kesemua pemenang membawa pulang hadiah berbentuk hamper dan juga hadiah iringan yang ditaja oleh Tourism Malaysia.

    Gambar ramai warga PMKS semasa acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PKMS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda