Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan budayakan literasi jawi

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Seramai 18 pelajar sekolah rendah kerajaan dan swasta iaitu enam pelajar bagi setiap Tahun 3 hingga Tahun 5 beraksi dalam Peringkat Akhir Pertandingan Eja Jawi Sekolah-sekolah Rendah Senegara bagi Tahun 2025 yang berlangsung di Auditorium 1, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

    Dalam pertandingan Kategori Tahun 3, johan disandang oleh Dayang Siti Nur Areana Marissa binti Abdul Azim dari Sekolah Rendah (SR) Orang Kaya Setia Bakti, Kilanas diikuti dengan Awang Asher Dizhwarshah bin Erwanshah dari SR Dato Mohd Yassin, Mentiri di tempat kedua dan Dayang Hanim Ilyana binti Mahmud Fadhil dari Sekolah Menengah Chung Ching di tempat ketiga.

    Bagi Kategori Tahun 4 pula, johan pertandingan ialah Dayang Nurfitriyah Zufairah binti Ramli dari SR Bengkurong diikuti dengan Dayang Nur Hannie Qurratu ‘Ain binti Abu Bakar dari SR Pusar Ulak di tempat kedua dan Dayang Maryam binti Abdul Mun’em dari SR Pengiran Setia Negara Pengiran Mohd Yusof, Lorong 3, Seria di tempat ketiga.

    Manakala, bagi Kategori Tahun 5, johan pertandingan ialah Dayang Nur Rasyida Shafa binti Idris dari Sekolah St Andrew diikuti dengan Dayang Nur Hana Humaira binti Mohammad Mazhadizul dari SR Bukit Panggal di tempat kedua dan Awang Mohammad Mikael Yusof bin Mohd Nurul Akmal dari SR Awang Haji Mohamad Yusof, Katimahar di tempat ketiga.

    Pertandingan yang dianjurkan oleh Bahagian Kegiatan Kerohanian, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama DBP, KKBS serta Radio Televisyen Brunei itu bermatlamat untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran dalam bacaan jawi kalangan pelajar sekolah rendah serta membudayakan literasi jawi melalui pembacaan.

    Awang Suip yang hadir menyaksikan Peringkat Akhir Pertandingan Eja Jawi Sekolah-Sekolah Rendah Senegara bagi Tahun 2025. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    Antara pelajar sekolah rendah yang terlibat dalam Pertandingan Eja Jawi baru-baru ini. Pertandingan itu bermatlamat untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran bacaan jawi kalangan pelajar serta membudayakan literasi jawi melalui pembacaan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    Awang Suip menyempurnakan penyampaian hadiah kepada salah seorang pemenang semasa pertandingan tersebut. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    Para peserta yang beraksi pada Peringkat Akhir Pertandingan Eja Jawi Sekolah-Sekolah Rendah Senegara bagi Tahun 2025. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda