Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan burung dapat sambutan

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 15 April – Lebih 400 peserta menyertai Pertandingan Seni Suara dan Gaya Burung anjuran Pekicau Solo Brunei dan Arema Indonesia di Tutong, hari ini.

    Dalam pertandingan edisi ketiga itu, Awang Shamsuddim bin Haji Jainuddin, Gigih Gianto bin Ponidi dan Awang Muhammad Amalulariffin bin Azmi telah menerima ‘Best of the Best’ bagi seluruh kategori.

    Hadir selaku tetamu khas bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Daerah Tutong, Haji Hazmi bin Haji Abdul Rahim.

    Menurut pengerusi pertandingan, Awang Mohamad Noorasikin bin Amba, penyertaan pertandingan ini di luar jangkaan malah ia turut menarik penyertaan dari luar negara.

    Suasana Pertandingan Seni Suara dan Gaya Burung yang diadakan di Tutong, kelmarin.
    Haji Hazmi menyampaikan hadiah ‘Best of Best’ kepada salah seorang pemenang.

    Sebanyak enam kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Murai Batu Kepala Hitam, Kategori Murai Batu Kepala Putih, Kategori Murai Kampung, Kategori Suit Mata Putih, Kategori Kenari dan Kategori Lovebird, yang mana setiap kategori, penyertaan adalah terhad kepada 165 peserta.

    Awang Mohamad Noorasikin juga menjelaskan pertandingan ini diadakan bagi memupuk minat para belia untuk memelihara burung, di samping dapat bertukar pendapat mengenai penjagaan pelbagai jenis spesies. Selain itu, ia juga diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara para peserta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda