Pertandingan Explorace 2019 berbentuk literasi dan numerasi anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Unit Akli telah berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Katok ‘B’.
Hadir di majlis tersebut ialah Awang Mohamed Jais bin Haji Abd Rahman, Pemangku Pengarah Pendidikan Ko-kurikulum, Kementerian Pendidkan.
Pertandingan ini diadakan untuk menguji daya stamina para murid dan kecerdasan mental serta kemampuan para murid untuk bergerak dengan cepat, kreatif, yakin dan fokus bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Pertandingan ini hanya dibukakan kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4 (tahap sederhana).
Seramai 204 orang pelajar dari 51 buah sekolah rendah telah ikut serta dalam peringkat pemilihan awal iaitu berbentuk ujian bertulis yang diadakan pada 13 Ogos 2019 yang lalu, bertempat di Dewan Kuliah, IBTE School of Aviation.
Setiap peserta bagi pertandingan ini hendaklah mempunyai maksimum 420 tarif sahaja iaitu daripada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Jasmani hasil keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019.
Pertandingan ini telah diadakan secara peringkat-peringkat yang diadakan selama 21 Ogos sehingga 22 Ogos di dewan Sekolah Rendah Katok B di mana dalam 16 buah sekolah yang lulus pada pusingan awal, hanya empat buah sekolah sahaja yang layak masuk ke peringkat akhir bagi merebut gelaran Juara Pertandingan Explorace 2019.
Tujuan utama pertandingan ini diadakan untuk memantapkan literasi dan numerasi di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan memberiikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di luar bilik darjah. Tambahan lagi, pelajar-pelajar boleh memupuk nilai kerjasama dan semangat berpasukan serta menjana daya saing secara positif.

