Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan futsal jalin ukhuwah

    Oleh Fadhil Yunus

    TEMBURONG, 16 JUN – Pasukan 2 Jabatan Hal Ehwal Ugama muncul juara Kejohanan Futsal Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong selepas mengumpul 13 mata yang diadakan baru-baru ini di Kompleks Sukan Batu Apoi, Temburong.

    Manakala, Pasukan 1 menduduki tempat kedua dengan sembilan mata diikuti oleh Pasukan 4 di tempat ketiga dengan tujuh mata, dan Pasukan 3 di tempat keempat dengan enam mata.

    Bagi anugerah individu pula, Awang Abdul Rahim bin Haji Karim merangkul anugerah Penjaring Terbanyak, manakala Haji Saifullah bin Haji Taha memenangi kategori Pemain Terbuka Terbaik.

    Seterusnya, Pemain Veteran Terbaik jatuh kepada Haji Samri.

    Kejohanan yang merupakan salah satu aktiviti tahunan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong itu menggalakkan pegawai, guru dan kakitangan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang berpusat di daerah berkenaan supaya aktif bersukan demi mencapai gaya hidup sihat.

    Ia juga bertujuan untuk menyemai semangat permainan, perpaduan, kerja berpasukan, kebersamaan serta memupuk ukhuwah dalam kalangan yang terlibat.

    Peserta terdiri daripada wakil Jabatan Pengajian Islam, Pejabat KHEU, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Pusat Dakwah Islamiah, dan Majlis Ugama Islam Brunei.

    Kejohanan itu diadakan selama enam minggu setiap hari Sabtu dengan kemuncaknya pada pusingan akhir perlawanan minggu lalu.

    Gambar ramai para pemain semasa perlawanan tersebut. – Gambar serahan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda