Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan hafazan Al-Quran semarak syiar Islam

    Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

    TEMBURONG, 1 SEPT – Pertandingan Menghafaz Surah-surah Pilihan Berserta Pemahaman Peringkat Akhir Daerah Temburong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73 telah diadakan di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, baru-baru ini.

    Pertandingan anjuran Majlis Perundingan Mukim Bokok dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Mukim Bokok dan Jabatan Daerah Temburong itu menyaksikan enam kategori dipertandingkan.

    Kategori A (Kanak-kanak Lelaki) telah dimenangi oleh Awang Mohd Wafri bin Zulhairi dan Kategori B (Kanak-Kanak Perempuan) dimenangi oleh Dayang Nur Fina  Zuriana binti Norasmadi. Kategori C (Remaja Lelaki) pula dimenangi oleh Awang Ahmad Muazzam bin Madeli dan juara Kategori D (Remaja Perempuan) disandang oleh Dayang Aunizafirah Batrsyia binti GUS Zamri.

    Manakala itu, Kategori E (Dewasa Lelaki Terbuka) pula dimenangi oleh Awang Haji Mohd Asri bin Haji Timbang dan Dayangku Nurajaimah binti Pengiran Ajak memenangi Kategori F (Dewasa Perempuan Terbuka). Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Abdul Ghani bin Haji Othman.

    Antara yang hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu yang juga penghulu Mukim Bokok.

    Para peserta bergambar ramai bersama tetamu kehormat selepas menerima hadiah masing-masing.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda