BEIJING, 25 OGOS – Pusingan akhir pertandingan inovasi kecerdasan buatan (AI) belia kebangsaan China kali ketujuh bermula kelmarin di wilayah Zhejiang, timur China.
Pertandingan selama dua hari itu melibatkan hampir 7,000 peserta dari 31 wilayah termasuk Hong Kong dan Macau, yang bersaing untuk gelaran juara, menurut kenyataan Jawatankuasa Pusat Liga Pemuda Komunis China.
Pertandingan tahun ini menerima lebih 120,000 penyertaan dan merangkumi 17 kategori khusus, di mana finalis akan mempersembahkan idea dan kemahiran inovatif dalam aplikasi robot pintar, reka bentuk program dan algoritma, cip pintar, serta inovasi teknologi AI yang menyeluruh.
Sejak dianjurkan pada 2016, cabaran tahunan ini telah menarik lebih 280,000 penyertaan daripada belia, dengan matlamat untuk memupuk inovasi dan meningkatkan pemikiran kreatif dalam kalangan generasi muda. – Xinhua
