Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan inovasi tampilkan kemahiran pelajar UBD

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Dengan matlamat untuk memanfaatkan revolusi teknologi dan kemahiran golongan mahasiswa dan mahasiswi dalam membentuk dan mengembangkan negara, Universiti Brunei Darussalam (UBD) menerusi Eksekutif Keusahawa-nan Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi UBD (PMUBD) telah mengadakan Pertandingan Inovasi PMUBD secara maya, baru-baru ini.

    Hadir menyaksikan pertandingan dengan tema Smart Enterprise for a Smart University focusing on Industrial Revolution 4.0 itu ialah Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) UBD, Pengiran Dr Mohammad Iskandar bin Pengiran Haji Petra dan Naib Presiden dan Ketua Eksekutif Keusahawanan PMUBD, Dayang Fatin Aimuni binti Haji Suffian selaku pengerusi majlis.

    Dayang Fatin dalam ucapannya antara lain menekankan bahawa pertandingan itu adalah satu platform permulaan untuk pelajar bukan sahaja mencari peluang pekerjaan pada masa hadapan tetapi juga membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di negara ini.

    Tambahnya, pertandingan berkenaan merupakan peluang untuk semua orang menyelaraskan dan membiasakan diri dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

    Dalam pertandingan tersebut, Agrobo Technologies telah diumumkan sebagai pemenang utama manakala RehabFit Band dinobatkan pemenang kedua diikuti oleh AIMS Studio di tempat ketiga.

    Pertandingan pitching sedemikian membolehkan para peserta mempamerkan idea inovatif dan prototaip sedia ada.

    Antara mahasiswa dan mahasiswi UBD yang mengikuti Pertandingan Inovasi PMUBD yang julung kalinya diadakan, baru-baru ini. – Gambar serahan UBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda