Friday, September 20, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan kuiz persiapkan murid hadapi peperiksaan SSSRU

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Sekolah Ugama Lambak Jalan Bedil (sesi pagi) telah muncul sebagai johan dalam Pertandingan Kuiz Sempena Program Hubbul lImi (Mencintai llmu), diikuti dengan Sekolah Ugama Lambak Kanan (sesi petang) di tempat kedua dan di tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

    Program yang diadakan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-wakillah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop kelmarin dihadiri oleh Pegawai Pengajian Islam Daerah bagi Kawasan Brunei IA, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dayang Suriati binti Haji Awang Mohamad selaku tetamu khas majlis dan turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

    Pertandingan kuiz berkenaan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemimpin-Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama (JKPSSU) Kawasan Brunei IA dan disasarkan kepada murid-murid Darjah VIl sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei lIA.

    Program berkenaan diadakan dengan tujuan melahirkan murid-murid yang cemerlang di samping mengukuhkan kefahaman ilmu mata pelajaran ugama serta memupuk semangat dan motivasi dalam kalangan murid Darjah VI sebelum menghadapi Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU).

    Dayang Suriati menyampaikan hadiah kepada para pemenang. – GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda