UNISSA telah mengadakan pertandingan memancing bagi golongan kakitangan UNISSA sahaja sebagai riadah sempena Pesta Konvo kali ke-13, Mahrajan Hafl Al Takharruj yang berlangsung selama empat hari bermula 22 Ogos hingga hari ini.
Pertandingan tersebut diadakan pada hari pertama Pesta Konvo ke-13 yang berlangsung di Kolam Akuakultur yang mana seramai 17 orang peserta telah mengikuti pertandingan berkenaan.
Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.
Tempat pertama dimenangi oleh Dayang Ina Muziana binti Haji Muhammad Muhammda, manakala naib juara dimenangi oleh Dr Adam bin Haji Jait, yang mana setiap pemenang menerima hadiah berupa wang tunai.
Objektif pertandingan adalah bagi memperkenalkan spesies ikan air tawar sebagai Eko-pelancongan dan boleh mendatangkan hasil bagi universiti tersebut.
Dari situ juga boleh membezakan perkembangan populasi ikan di dalam kolam tersebut.
Tetapi, hanya satu jenis ikan iaitu ikan tilapia oreochromis niloticus, sahaja yang
boleh ditangkap di antara spesies lain ketika pertandingan tersebut.




