Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan Mr Borneo julang nama negara

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Dua orang peserta negara iaitu Sarfi Ali bin Kamaludin yang menyertai Kategori Physique Lelaki, dan Razali Mahmud dalam Kategori Bina Badan 70 Kilogram (kg) ke atas, masing-masing telah berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Mr Borneo 2023 yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

    Dalam pertandingan itu, Razali, yang juga mewakili Dud Gym Fitness selain berjaya merangkul gelaran juara dalam Kategori 70kg ke atas, juga diumumkan sebagai juara keseluruhan kategori bina badan.

    Manakala wakil Brunei dalam kategori lain, Zorizal bin Haji Johari berjaya mendapat tempat kedua dalam Kategori Bina Badan 70kg ke atas. Abdul Aziz bin Haji Tuah pula telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Kategori Bina Badan 70kg ke bawah.

    Dalam Terbuka Physique, peserta negara, Mohd Syahir bin Sahari dan Mohammad Salwa Faizal bin Haji Abidin telah berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga.

    Dalam pertandingan itu, negara telah diwakili oleh sembilan orang peserta bagi menyertai pertandingan tersebut.

    Peserta negara bergambar ramai dalam Mr Borneo 2023. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda