Monday, February 10, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan persiapkan jati diri pelajar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Awang Muhammad Aiman Mustaqim bin Awang Mohammad Zularifen dan Muhammad Adhwa Darweesh bin Muhd Basuni dari Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) muncul johan dalam Pertandingan Akhir Khutbah Jumaat Sekolah-sekolah Menengah Senegara bagi Tahun 2023, pagi tadi.

    Dalam pertandingan yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Pengiran Anak Damit, Kampung Madang itu, naib johan disandang oleh Awang Abdul Hadi Muaiyyad bin Haji Azrol dan Awang Mohammad Darul Irsyad bin Mohammad Jeffery dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), manakala itu, Awang Alif Hakimi bin Rosli dan Awang Mohd Izzudieen bin Haji Yusdi juga dari SM SMJA memenangi tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad @ Mohamat.

    Pertandingan anjuran Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Kegiatan Kerohanian, Jabatan Pendidikan Kokurikulum itu dibukakan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah kerajaan, swasta dan sekolah-sekolah di bawah kawalan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Sebanyak 17 kumpulan yang terdiri daripada dua orang pelajar bagi setiap kumpulan menyertai pertandingan itu dan hanya empat kumpulan berjaya memasuki peringkat akhir.

    Antara tujuannya adalah untuk mempersiapkan jati diri pelajar untuk berkeyakinan dalam menyampaikan pembentangan serta berfikiran kreatif.

    Dengan keyakinan untuk bertutur di khalayak ramai (pengucapan awam), pelajar dapat meningkatkan kemahiran dan berkomunikasi dan berbicara dengan fasih untuk menyampaikan ilmu dan hujah, serta menjana sikap berdaya saing dan positif dalam kalangan pelajar.

    Awang Julaihi hadir bersama tetamu lain pada majlis yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Pengiran Anak Damit, Kampung Madang, kelmarin. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Antara yang hadir pada pertandingan berkenaan. – Gambar oleh Yusrin Junaidi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda