Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan Rumah Tangga pamer kreativiti

    Oleh Daniel Lim – 

    KUALA BELAIT, 5 OGOS – Ahli-ahli dan belia daripada Persatuan PERTIWI baru-baru ini mempamerkan pelbagai kemahiran rumah tangga sebagai sebahagian daripada Pertandingan Rumah Tangga yang diadakan pada 4 Ogos di Dewan Bandaran, Kuala Belait.

    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyampaikan hadiah kepada pemenang di akhir pertandingan ialah isteri Pemangku Pegawai Daerah Belait, Dayang Nur Khadijah binti Haji Abu Bakar.

    Pertandingan yang dianjurkan bertujuan untuk memberikan peluang kepada peserta mempamerkan banyak kemahiran dalam menjaga rumah dan keluarga, menurut pengerusi persatuan, Dayang Fatimah binti Tanji.

    Beliau juga menjelaskan bahawa pertandingan itu dianjurkan setiap tahun oleh persatuan tersebut sempena meraikan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78.

    “Terdapat lima kategori di mana peserta boleh menghantar penyertaan mereka semasa pertandingan, yang merangkumi lebih daripada 40 kemahiran rumah tangga daripada membuat kek dan kuih hingga gubahan bunga dan tenunan kain. Kepelbagaian ini menyediakan peluang kepada peserta untuk mengekspresikan kreativiti dan kecerdasan mereka melalui kemahiran rumah tangga ini.”

    Para pengadil menilai gubahan bunga semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara kreativiti gubahan yang dipamerkan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda