Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pertandingan serlah bakat fotografi ahli pengakap

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan PPNBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Bagi mengetengahkan bakat seni fotografi dalam kalangan ahli-ahlinya, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) melalui Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan dengan kerjasama Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan menganjurkan Pertandingan Fotografi ‘Scouts in Action’.

    Majlis penyampaian hadiah dan sijil-sijil penghargaan bagi pertandingan berkenaan telah diadakan hari ini di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Unit Beruniform dan Perkhidmatan Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Hajah Rosediana binti Haji Hidop yang sekali gus menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil.

    Turut hadir ialah Pesuruhjaya Antarabangsa, PPNBD, Haji Abdul Manan bin Haji Abdul Latif, pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap dan penolong pesuruhjaya daerah, guru-guru dan ibu bapa peserta pertandingan.

    Pertandingan berkenaan telah dibukakan kepada ahli-ahli pengakap yang berumur tujuh hingga 26 tahun di bawah empat kategori iaitu Bahagian Pengakap Tunas, Bahagian Pengakap Muda, Bahagian Pengakap Remaja, dan Bahagian Pengakap Kelana.

    Secara keseluruhannya, lapan penyertaan telah diterima bagi menyertai pertandingan tersebut.

    Hajah Rosediana menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta pertandingan berkenaan.
    Hajah Rosediana menyaksikan hasil fotografi peserta.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...