Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan serlah bakat rumah tangga

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 5 OGOS – Lebih 50 wanita dari kawasan sekitar Daerah Belait telah berkumpul untuk mempamerkan bakat rumah tangga mereka dalam Pertandingan Kemahiran Rumah Tangga yang diadakan baru-baru ini di Dewan Serba Guna Lembaga Perbandaran Kuala Belait di Jalan Bunga Raya, Kuala Belait.

    Acara yang dianjurkan setiap tahun oleh Persatuan PERTIWI Kuala Belait itu diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73 untuk memaparkan kemahiran peserta, terutamanya yang berkaitan dengan kemahiran dan bakat rumah tangga harian, sementara pada masa yang sama berkongsi pengetahuan dalam kalangan peserta dan para hadirin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pertandingan adalah isteri Pegawai Daerah Belait, Dayang Nur Farhana binti Abdullah Ajak, yang dialu-alukan dan disambut oleh pengerusi persatuan, Dayang Fatimah binti Tanji.

    Dalam kata alu-aluan, Dayang Fatimah menjelaskan pertandingan mempunyai 35 jenis kemahiran rumah tangga yang boleh disertai oleh peserta dan ia dibahagikan kepada empat kategori iaitu gubahan, jahitan dan tenunan, memasak hidangan sampingan serta memasak kuih tradisional dan moden.

    Untuk menghargai bakat luar biasa peserta dalam pertandingan, tetamu kehormat telah menyampaikan hadiah kepada tiga peserta terbaik yang dimenangi oleh Dayang Hasmah binti Haji Hamdi di tempat pertama, diikuti oleh Dayang Saripah Pauzan binti Haji Wan Hil dan Dayang Norashikin binti Ali masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

    Tetamu kehormat juga mengunjungi petak untuk melihat pelbagai hasil ciptaan yang telah dibuat oleh peserta dan mengetahui rahsia ciptaan mereka selepas pertandingan.

    Dayang Nur Farhana (dua, kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama pertandingan, Dayang Hasmah.
    Dayang Nur Farhana mengunjungi salah satu petak untuk melihat hasil ciptaan yang dipamerkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda