Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pertandingan She Loves Tech khas untuk usahawan wanita

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Pinnacle, cabang pembelajaran Golden Equator, hari ini mengumumkan akan membawa Pertandingan She Loves Tech Global Startup 2022, pertandingan dan platform startup terbesar di dunia untuk wanita dan teknologi ke Brunei Darussalam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, startup yang dipimpin wanita dan memberi impak kepada wanita di Brunei dialu-alukan untuk menyertai pertandingan berkenaan bagi mendapatkan akses kepada bimbingan yang meluas, peluang untuk membuat pembentangan kepada pelabur global, dan memenangi pelaburan sehingga AS$100,000.

    Pinnacle ialah perniagaan pembelajaran dan pembangunan Golden Equator yang aktif dalam bidang keusahawanan tempatan sejak 2018 dan bekerjasama dengan Darussalam Enterprise (DARe), agensi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kebangsaan Brunei.

    Dengan DARe, Golden Equator telah memudahkan 10 bootcamp keusahawanan yang telah memberi bantuan kepada lebih 200 buah syarikat startup dan perusahaan mikro di negara ini dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran asas perniagaan dan kewangan.

    Di samping ia membantu mereka mengumpul lebih daripada AS$1 juta dalam pelaburan, menyumbang kepada lebih daripada 20 produk teknologi, dan menjana lebih daripada 450 pekerjaan di dalam negara.

    Rakan Kongsi Pengurusan bagi Pasaran Antarabangsa di Golden Equator Group, Adam Flinter berkata, “Sejak menubuhkannya di Brunei pada 2018, misi kami sentiasa menjadi jambatan untuk syarikat baharu Brunei mengakses platform dan komuniti global.

    “Itulah sebabnya kami sentiasa membawa syarikat startup terkemuka daripada bootcamp keusahawanan kami di hadapan pelabur antarabangsa dan kini kami teruja untuk mengorak langkah lebih jauh dengan membawa She Loves Tech ke Brunei, dan kami tidak sabar-sabar untuk melatih syarikat startup Brunei untuk platform global ini,” jelasnya.

    She Loves Tech adalah platform global yang komited untuk menutup jurang pembiayaan bagi usahawan wanita, yang ditubuhkan pada 2015 dan telah beroperasi di lebih 70 negara.

    Ia juga merupakan institusi yang diiktiraf di peringkat global yang menerajui pertandingan startup terbesar di dunia untuk usahawan wanita dan teknologi tertumpu kepada wanita.

    Eksekutif daripada Golden Equator, Pinnacle dan Darussalam Enterprise bergambar semasa Hari Demo yang berlangsung di Singapura pada Mac lalu. – Gambar serahan Pinnacle
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...